Friday, July 11, 2008

club gen2





Aku memang nak joint gen2 club kat keramat au5..kereta diorang gempak gak kan...dia orang pegi function macam tempat.hati teringin nak buat kelab sendiri ..tapi bila fikir masa dan kewangan mcm x cukup ajer..aper pun aku ingat baik aku joint gen2 club lagi bagus...jadi ahli jer...join kau rasa baru rm 50.00 ajer kot....aper pun aku sokong sepenuhnya club tersebut.

Thursday, July 10, 2008

Body kit R3


Aku baru ajer pasang bumper depan r3,kira gempak gak.nampak sport kalau gen2 standart nampak mesti pandang sampai teleng kepala.Ada member aku tu kira makeup oklah tengok dari belakang gempak juga kereta dia sebab dia pakai spoiler mugen.tapi dpn standart pulak.tapi apa pun bagi aku biar habis banyak duit asalkan aku mendapat kepuasan dalam mengubahsuai kereta aku.hidup r3...................

APA ITU R3



Seperti pengeluar-pengeluar kereta lain, Proton juga sudah tentu memerlukan Motorsport Division demi memenuhi citarasa peminat-peminatnya, selain mencapai kejayaan dalam arena perlumbaan. Dan yang penting ialah menolong memperbaiki mutu dan kualiti kereta-kereta keluaran Proton. Maka pada 2004 Proton telah melahirlah Motorsport Divisionnya yang dinamakan R3 (Race, Rally, Research). Antara tujuan lain adalah untuk menjadi barisan hadapan dalam pembangunan sukan bermotor di Malaysia. R3 telah diterajui oleh jurutera-jurutera Proton yang bukan saja pakar dan arif dalam arena pengubahsuaian dan perlumbaan malah ada antara mereka yang telah pun menjadi pelumba kereta! Baik di perlumbaan dalam negara mahupun luar negara. Sejak itu R3 telah mencapai kejayaan-kejayaan besar dalam arena perlumbaan tanahair. Pencapaian terbaiknya ialah memenagi dan mencipta rekod dalam Merdeka Millennium Endurance 2005. Pada hujung 2004 R3 telah mengeluarkan Proton Satria R3 yang secara kesimpulannya adalah model Satria Gti yang telah ditingkatkan prestasinya baik dari segi keteguhan body, kuasa enjin serta kawalan dan menggunakan peralatan-peralatan R3 (R3 performance parts). Model ini hanya dikeluarkan sebanyak 150 buah dan dikuasakan oleh enjin 1.8 liter NA yang menghasilkan 140 horsepower! Tidak cukup dengan itu, R3 kini komited untuk mengeluarkan satu platform/jentera yang boleh dipercayai dan kompetitif untuk bersaing dalam di dalm siri perlumbaan antara yang termaju dan terkenal di dunia dari segi teknik - Super GT Series atau dulu dikenali sebagai Japan GT.

about gen2power

blog ini diadakan untuk semua pengunjung bertukar tukar maklumat dan memberi pendapat,juga boleh pastekan gambar kereta anda untuk tatapan semua pengunjung blog ini.jika anda rasa kereta anda adalah yang terbaik dan terpower pastekan gmbar kereta anda.blog ini pasti akan dikunjungi oleh segenap lapisan peminat kereta seluruh malaysia.